Adapun disetiap negeri di Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis dan bentuk alat yang telah diwarisi, dicipta dan digunakan sejak berkurun-kurun lamanya.Untuk itu, bagi tujuan perbandingan dan kebenaran estetikanya adalah dicadangkan secara asas untuk melihatnya dari sudut apa yang disebut sebagai organografikal iaitu satu pengdiskripsian bagi peralatan muzik, yang mencakupi bahan-bahan asas yang digunakan untuk membuatnya, sistem klasifikasi, sistem skala, sistem talaan dan teknik penghasilan bunyi serta alat dalam sesebuah disiplin muzik mengikut kegunaan ensembelnya.
Dari aspek sejarah perkembangannya, secara asas dibincang mengikut pola-pola yang bersifat adaptational dan idiosyncratic untuk membentuk sebuah tugu alat yang begitu unggul sifatnya untuk dikongsi bersama generasi akan datang.
Prinsip asas mengenai klasifikasi bagi alat-alat muzik dalam masyarakat Melayu tradisi di Malaysia adalah dirangka mengikut sistem yang telah diperkemaskan dan dilanjutkan oleh dua tokoh terkemuka iaitu Curt Sachs dan Erich Von Hornbostel dalam tahun 1914.
1.IDIOFON
- Jenis-jenis alat yang mana suaranya dapat dihasilkan secara spontan melalui kaedah-kaedah sperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi sesbuah alat itu.Yakni sifat alat berkenaan tidak memerlukan persediaan awal bagi maksud penalaan untuk menghasilkan bunyi.
- Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan 'tali' yang diregangkan.
- Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan kulit yang diregangkan.
- Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin.
No comments:
Post a Comment